There are so many things that makes a person. Some relevant, some may not. But either way, it affect the way a person is. You cant pin point a certain reason.
Sebagai contoh:
1) Cara dibesarkan/ pengetahuan agama.
2) Keadaan kewangan.
3) Peluang education/ pekerjaan.
4) Role model.
5) Keadaan persekitaran.
6) Tragedi.
I think theres a lot more but those are some of the main things that shape you to be the person you are today. Maybe you think your own personality is all your own work but actually it really depends on how everything fall into place in your life.
For example, saya sangat marah bila ada orang cakap ' Eh, kau boleh berkawan dengan pembantu makmal? Kenapa tak keluar lunch dengan researcher lain?' Sambil memandang rendah kepada pembantu makmal. Siap boleh cakap, 'Alah, diorang jadi pembantu makmal sebab malas nak sambung belajar'
Excuse me!!!
It seems walaupun dia diberi rezeki untuk menyambung pelajaran, namun otak dia tak cukup jauh untuk fikirkan bahawa bukan semua orang diberi peluang seperti dia.
Memang, kita tak boleh salahkan nasib diri tapi boleh tak fikir dulu sejenak sebelum mengandaikan sesorang itu berada di kedudukan mereka sekarang adalah kerana atas pilihan sendiri. Mungkin keluarga mereka tidak mampu untuk menyara sambung belajar tinggi2. Mungkin dia terpaksa tanggung adik belajar. Mungkin bagi dia tidak penting untuk mengejar cita2 tinggi. Terlalu banyak kemungkinan. Kenapa perlu kita fikir yang buruk? Kalau Tuhan bagi rezeki yang sama kepada semua manusia pun, bukan apa yang anda mahu dan rasa best dianggap sama bagi org lain.
Personaliti sesorang pun dipengaruhi oleh banyak perkara. Kita rasa dia kasar, maybe sbb kita datang dari family yang soft spoken. Ada orang kurang ajar, sbb maybe dia dibesarkan dengan cara kalau nak sesuatu, mesti berkeras. Dan kemungkinan kewujudan manusia-manusia kurang ajar ini adalah sebagai pengajaran kepada orang-orang lain agar tidak mencontohi mereka. (Aik, kenapa hari ni aku tulis dlm BM fluid je? Biasanya mesti nak tulis in english. Wow! *tepuk bahu*)
Macam mana pun, memang kita x boleh blame sejarah kehidupan kita bila kita tgk diri sendiri. Manusia boleh berubah, menjangkaui daripada apa yang orang lain atau diri sendiri expect.Tapi ada sebab seseirang itu begitu dan jangan buat assumption memandai.
Seperti saya:
1) Saya independant sbb saya anak sulung. Datang pula dari broken family yang perlu look after adik2 yang lain. Sifat tegas saya juga adalah kerana saya perlu menjadi kakak yang tegas. Hehe.
2) Tidak pandai berboros kerana dari uni lagi dah kerja part time. Bila dah tau betapa penatnya nak dapat duit, maka sentiasa berjaga2 bila bab2 spending, sama ada perlu atau tidak. Kereta kecik sama je fungsi mcm kereta besar.
3) Ingin melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Kalau abah saya boleh dapat PhD sebagai anak kepada peneroka FELDA, malam2 study guna pelita, takkan dengan kesenangan yang diberi kepada saya tak boleh buat. Itu lah pembakar semangat saya. Mak saya pun ada Masters so standard telah di setkan oleh parents saya.
4) Lantang bersuara. Ni mak saya ajar ye. Itu je explanation saya. Hehe.Sebab mama saya adalah role model saya :)
Memang kita takkan tau latar belakang semua orang. Just give them the benefit of the doubt.
Not everyone is given the same privilege in life. So dont judge them.
Its about making the most of what is given and appreciate them.