Friday, 12 August 2011 @ 9:40 AM
*Ramadhan*Review*
Hari ni dah hari ke-12 Ramadhan.
So far, saya dah terpaksa tinggal 4 hari puasa sebab muntah. Itu adalah penentu sama ada saya puasa atau tidak. Once muntah, saya terus berbuka sebab muntah masuk angin sampai asid perut kuning keluar adalah sangat menyakitkan ye?
Tapi, alhamdulillah, dah nak masuk 6 bulan ni, things do get easier. I feel so much better. Mood sudah baik. Perut semakin besar. Adalah rasa penat sikit and tulang pinggang sengal sikit, tapi so far, its bearable. Alhamdulillah juga, hampir hari2 saya masak untuk berbuka dan sahur. Lagi sedap kut walaupun sesimple mana. Pasar Ramadhan sekali je cecah kaki. Makan kat luar pun, sekali kat TGIF. Yang lain, sume kat rumah. Kadang2 rasa kagum pulak, sampai rumah boleh masak lagi. Because my hubby pun sampai rumah nak dekat 7pm so xnak la dia jugak kena fikir makan apa. Paling best bila mama datang tido rumah, dia masak asam pedas, sambal udang petai, ayam goreng berempah & sayur goreng. Huhuhu. Sgt sedaappp!!
My hubby bukan jenis yg bersahur tapi oleh kerana bagi menggalakkan isteri dia untuk bersahur properly, kenalah dia bangun dan tolong kan? Sahur makan nasi dgn lauk simple je. Sambal ikan bilis, telur goreng, salad ke. Dengan serunding ke. Kalau ada lauk lebih berbuka, lagi senang lah, kalau x kena masak lain. Cuma rasa bulan puasa ni kurang makan buah laaa. kalau tak tu, memang asyik makan buah jeee...
So far, I havent put on much weight. Tak la risau sangat tapi 50 kg pun x sampai lagi ok?? Tiap2 bulan naik 300gm, 200gm. Ceh! Padahal tgk perut, makin membesar. Kat mana berat tu menyorok? Sekarang my weight is 49.4kg!!!! Come on, genap kan 50 kg bulan ni!!!!!
Projek tahunan membuat kuih raya sendiri diteruskan seperti biasa dengan partner baking saya, Yantie. Dah selesai buat Mazola, yum!!!! Saya suka baking dgn Yantie because dia organized like me dan when it comes to baking, she means business and no hanky panky yang boleh melambatkan habis. Last Friday start buat biskut around 10.30pm and finish around 2.30am. Letih tapi puas. Org lain sume dah tido, tinggal aku dgn dia. By 2.00am dah siap basuh, lap meja, sapu lantai, tinggal tunggu 1 batch lagi dlm oven je. So kami adalah sangat efficient (puji diri sendiri :p). Anyway, mlm ni buat makmur pulak. Next week buat 2 jenis kut choc chips and oat raisins cookies. Oh sukeeee!!! *claps*
Satu perkara yang put off, adalah baju raya. Huh, saya mau cari kaftan2 yang chantek tapi malas nak fikir. Sbb sebelum ni saya tak pernah beli baju siap utk Raya tapi tahun ni cam malas pulak. Tapi nanti tgk org lain melawa, menyesal pulak. Huhuhu.
Rezeki baby dan bulan puasa, akan dapat separuh bulan bonus, alhamdulillah. My hubby pulak dapat 2 bulan bonus!!!! Weeeeeee!!!! Simpan utk barang baby nanti :) Lepas Raya nanti baru start beli kut, tapi dah survey la sikit2.
Raya tahun ni, both my brothers from India (Bajin) and Germany (Bamin) akan balik, maka tak sabar nak tgk diorang dan bergossip. Balik Kedah tahun ni!!! Hurrah!!!!
Semalam buat check up. Scan. Dah nampak telur ;)
Until my next post, selamat beribadat!!!!
p.s: Terasa tak macam cara saya post entry ni cam budak baik? ke aku terperasan. hahahoho
tis' the way