What do u think of Masterchef Malaysia?
Being an avid Masterchef (US) fan, and an all-rounder cooking shows fanatic, like Top Chef, I never set a high standard when it was announced that Masterchef Malaysia will be aired.
It seems I shouldn't have bothered setting a standard at all :(
These are my comments:
1) We do such a crappy job when it comes to reality show. The hosts adalah amat kayu, seolah-olah seperti robot dan tidak menunjukkan passion dalam bidang masakan. Mengeluarkan ayat2 skema dan klise yang amat memualkan. Sangat tidak natural bila berkomunikasi. Even peserta2 jaaauuuuhhh lagi natural dari the hosts.
2) Please fokus on the cooking part. Asyik nak membebel/menasihat/bercakap/fokus kepada peserta sahaja. Luangkanlah masa part2 peserta masak ke, ni dalam 1 jam episod, rasanya 15 minit kut actually cakap pasal makanan. Yang lain BERBUAL!!!!
3) Kenapa episod dia potong2? Elimination episod lain, atau cook-off dengan chef sambung episod lain. Its because of #2: too much talking in between.
4) The challenges itself. Yes, saya sedar masakan kita lain dari westerners dan kita tak perlu pun impressed dgn western cuisines only. Tapi challenges yg diorang bagi adalah sgt tak mencabar kreativiti seseorang tukang masak. Contoh: Hidangan kenduri untuk 100 org kampung yg mesti ada nasi putih, 1 lauk daging, 1 lauk ayam, 2 sayur, 1 dessert + 1 air. Bahan2 yang ada hanya membenarkan diorang masak benda2 tipikal: ayam masak kurma/rendang/kicap/sambal. Normal things! Contoh: Hidangan untuk parti kanak yang mesti ada 1 main dish, 5 finger foods + dessert. Bahan2 adalah limited. Masing2 team buatlah pasta dan burger sempoi yg sgt menyedihkan. Again, bahan2 yang dibekalkan dan challenges amat tidak membenarkan diorang buat masakan yang kreatif. Only tipikal foods! Cuba buat challenges macam transform 1 kuih tradisional kegemaran masing2 kepada version yang modern dan high class, atau masak hidangan menggunakan nenas tapi kena buat full meal la, xleh la buat lauk jek sbb confirm akan ada yang buat masak lemak cili api tambah nenas!!
5) Food demo oleh seorang chef: lempeng kelapa dan kari ikan. Seriously??? Tersedak makcik2 kat kampung tu. Ajar lah something yang boleh buat orang kagum, tak pun ajar benda baru. Lempeng kelapa tu pun aku tgk adalah menyedihkan. Pohon maaf banyak2 tapi please, takkan takde hidangan yang lebih 'wow' dari itu? Again, it doesnt have to be a western cuisine or maybe fussion pun boleh like lasagne with local flavours ke, or pie tapi inti masakan timur ke, why kari ikan? Whyyyyyy?? Bukankah peserta2 ni kena audition baru boleh masuk Masterchef and mesti diorang terpaksa tahan menguap tgk cef tu buat kari ikan. Diorang dah pandai masak cuma bukan cef. Faham? Hhhmmmphh!
So far, saya hanya impress dengan 2 cook-off dgn chef tu: 1 masak salmon, 1 masak beef wellington (oh, mahu cuba).
Sekian pandangan saya.